Thursday, March 16

Kehidupan form six


Assalamualaikum.
Kali ni nak update tentang kehidupan aku sebagai pelajar Form Six sebab it was one of the best experiences in my entire life! Macam excited sangat nak cerita kat korang semua!! Peringatan, post ini tersangat panjang jadi memerlukan seminggu untuk habiskan. Sila sediakan kepala paip di sebelah anda, senang nak ambil wudhuk.
Masa aku habis spm dulu (sebelum dapat result) parents dah memang cakap kalau tak ada rezeki masuk Uni, boleh masuk form six. since dulu ramai juga kakak sedara yang ambil stpm dan mereka memang support aku untuk ambil sama. Result spm aku takde lah teruk sangat bagi aku lah kan huhu. Pendaftaran form six sebelum result upu jadi aku pergi daftar dulu. Al kisahnya lepas result upu, aku dapat lah juga tawaran dari Uni & Poli tapi disebabkan semua course tu bukan pilihan utama aku so aku tak ambil. Pada detik itu, bermulalah kehidupan aku sebagai pelajar form 6.
Lepas aku daftar tu, aku tak pergi masuk sekolah so i skipped the whole orientasi thing. Aku masuk balik bila semua dah start belajar. Time tu asalnya aku didaftarkan dekat Puncak Alam then tukar ke Bukit Gading sebab nak masuk kelas Sastera since aku sangat minat Sastera hanya ketika itu ((little did I know Sastera bukan lagi subjek favourite aku sekarang))
Sebelum masuk, aku ada buat research pasal Form 6 sebab aku terlepas orientasi semua tu. Baru dapat tahu yang tiada lagi ujian stpm yang serupa spm. Sekarang dah guna 'Penggal' / 'Semester' more like Universiti. dan sekarang juga dah dipanggil Pra-U. Time tu tak ada lah rasa macam budak sekolah sangat. ((but end up, sama je like student sekolah hahaha kena tipu!))

SEM 1

Sem ni aku boleh cakap yang aku bukan diri aku yang sebenar. Biasalah, budak baru kan kena jaga image! ahaks aku propa. Yelah, time tu aku memang tak kenal classmates dan perangai semua macam lain sangat dari yang biasa aku jumpa sampai terfikir "Aku ke dorang yang alien ni"  anyway, jujur cakap Sem 1 adalah waktu main-main. Kejap je rasa awkward tu pastu dah start rapat dengan classmates dan kengkawan from B2 & B3.
img-20150828-wa0014
My class 6B1 lepas selesai drama merdeka
Lepas je aku terpilih jadi exco mppu lagi lah aku active dalam sekolah. Rasanya aku start rapat dengan clasmates sejak kelas kami kena buat persembahan drama untuk sambutan merdeka. Started from there aku mula bercakap dengan semua and they're 'nice' people hahahaha okay lah. In a nutshell, Sem 1 sangat best! Sem yang paling aku suka than the other 2 sems pasal semuanya memori indah. Jadi, disebabkan sem 1 banyak main2, result pun bermain-main dengan hati aku kahkah
IMG-20151124-WA0000.jpg
Hari last exam Sem 1, heaven sungguh rasanya
img-20151207-wa0007
Jamuan form six 2015

SEM 2

Baiklah, sem ni banyak benda berlaku dan bagi aku adalah sem paling sibuk dan penat gila nak mampos!
First - Sambil belajar sambil kena siapkan kerja kursus/assigment dalam tempoh masa 5 bulan dan kerja kursus tu sangatlah banyak detail kena masukkan. Kena kerap rujuk dengan cikgu juga dan kena buat balik semula kalau tersilap. Memang banyak kali mengeluh, rasa nak give up form six ketika itu sangat membuak-buak. but alhamdulillah aku bersyukur ada family yang sangat-sangat supportive menyokong aku tatkala aku jatuh. Merekalah tulang belakang yang tiada gantinya lagi didunia ini. Ewah!
IMG-20160116-WA0012.jpg
Merentas Desa 2016
IMG-20160527-WA0020.jpg
Half of the classmates!
Second - Aku tak boleh nak deny that being an exco mppu sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembelajaran dan fokus aku. Aku bukan orang yang boleh buat multi-task. tapi aku terima jadi exco tu hanya sebab nak lebih markah koko but guess what? markah koko aku tetap rendah, like allahu tak berbaloi dengan penat lelah aku sepanjang berkecimpung dalam hampir semua aktiviti sekolah......... ok stop, i tak nak cakap pasal benda ni pasal takut ada darah tinggi. Dekat nak exam sem 2 tu, exco tengah busy dengan planning orientasi untuk lower six yang baru nak masuk. Aku tak salahkan itu, dah memang tanggungjawab kita sebagai exco. At the moment, waktu yang susah bagi aku sebab rasa sangat sibuk dengan those stuffs and exam lagi. Plus, aku tengah deal with my own feelings yang entah-pape.
IMG_3294.JPG
Me as facie! Rindunya team Arjuna Qaseh Gading <3
img-20160215-wa0012
Barisan exco 15/16
The good things in this SEM 2 :
First - Result sem 2 aku way way better than sem 1!! alhamdulillah even tak seberapa but still very proud of myself. I mean despite all those hectic things I still managed to get better result. Bersyukur sangat!
Second - Aku belajar banyak sangat pengalaman baru.
Aku dipilih sebagai Ketua Skuad Kerohanian untuk jaga students perempuan sesi petang setiap hari jumaat di surau. Means aku dan skuad yang lain akan handle budak2. Best thing dia, aku terasa macam ada ramai adik perempuan since aku sorang je anak perempuan dalam family so bila ramai gegirls yang panggil aku "akak" tu memang rasa pelik but good at the same time hehe dan sesi ceramah yang dibuat oleh ahli-ahli skuad yang lain sedikit sebanyak menyumbang kepada kehidupan aku juga dan dapat kenal dorang lebih rapat lagi. Good one!
IMG-20160311-WA0001.jpg
Sebahagian skuad kerohanian
Then dalam sem 2 juga, aku dipilih sebagai wakil sekolah untuk Public Speaking Form 6. Ok this one memang buat aku tak tidur malam!! I didn't expect that sebab aku tahu ramai lagi yang fluent English but Ibu cakap ini rezeki dan aku kena terima dengan lapang dada. Aku percaya Teachers picked me bcs they believe in me. Teacher Saibah (my most fav tc) said don't think about winning and just do my best. So yeah realitinya aku tak menang tapi dalam hati aku rasa macam aku menang dengan pengalaman yang aku dapat. Sumpah best sangat masuk competition tu dapat kenal few friends from other schools.
Nervous giler weh time ni ((I asked a very nice chinese girl from other school to take this photo))
Then, aku merasa satu pengalaman yang aku tak akan lupa sampai aku mati. Iaitu ketika aku dipilih untuk beri tazkirah di depan semua cikgu dan pelajar sekolah. Benda ni sangat dan terlalu random. Rupanya dapat tahu ada sornag kawan bertuah ni petik nama aku kat Ustaz. Tak lama juga, dalam seminggu lepas tu aku dapat tahu aku kena bagi tazkirah lepas bacaan yaasin di sekolah. At that time, hanya Allah je yang tahu betapa gundahnya hati aku. Aku tak pernah naik atas pentas untuk bercakap, nope! tak pernah seumur hidup. dan pertama kali diberi peluang ni, aku terima dengan rela hati. Bila lagi kan nak merasa pengalaman sebegini. Alhamdulillah, i did it and people said it was good. Cikgu-cikgu dan kawan-kawan banyak support dan mereka kata bangga dengan aku. I do proud of myself too!
IMG-20160224-WA0026.jpg
Kelab Bola Jaring berzumba!
Kem! - Masa sem 2 ni juga tengah dok sibuk2 dengan kerja kursus tu masih sempat nak pergi kem hahahaha well release stress katakan.
Kem JASA - Ok honest talk, kem ni tersangat best! Even just 2 days 1 night pun tapi tak tahu kenapa macam seronok kemain. I'm not a fan of camp yang lasak2, yang tidur dalam khemah semua tu memang tak suka. Tapi JASA ni lain, lain yang macam mana? Macam yang aku suka! Sesi ceramah sangat pack sebab nak cukupkan dalam masa 2 hari tu sampai ke tengah malam juga. Aku tak suka content ceramah dia sebab nampak terlalu rasict pada aku tapi they did great job masukkan part menyanyi/menari untuk budak-budak yang boring dengar ceramah. Demi matahari~~ Makanan sepanjang kem tu benda yang aku paling gemar sekali sebab sedap2!! dan benda paling syok? dapat usya mamat-mamat sekolah lain....................... ok.
IMG-20160403-WA0007.jpg
SMK BG!
IMG-20160404-WA0006.jpg
Roommates <3
IMG-20160403-WA0020.jpg
Gegirls bergambar kenangan didepan dorm
Kem UMS - Kem ni diadakan di sekolah je. 3 days 2 nights. Kakak2 & Abang2 from Universiti Malaysia Sabah datang sekolah jadi facies. Mula-mula memang takde mood nak join sebab as i said aku tak suka benda-benda macam ni. Tapi member ramai yang mengajak. Aktiviti dalam kem ni syok and fun, ada game war & explorace. Aku dapat rapat dengan batchmates kelas lain. As an example, Nazihah! Hi Ziha kalau kau baca ni! Sepanjang kem tu kami diagihkan kepada beberapa group yang ditentukan melalui games! Aku tak dapat satu group dengan member rapat but still group aku banyak menang hehehe Masa penutupan kem UMS tu aku hampir menangis tengok video kami sepanjang 3 hari 2 malam, terasa syahdu pasal rasa sekejap sangat tapi penuh dengan memori yang indah. Fun kenapa? sebab penuh dengan gelak ketawa. Great experience with fun memories!
IMG-20160411-WA0000.jpg
Last day!! ):
09-04-2016-807.JPG
Group kami kena buat persembahan drama pada malam kebudayaan ((aku jadi Mak, ramai puji bakat lakonan aku katanya natural bahaha)
img-20160415-wa0027
This is my team! Team kami hebat pasai banyak menang!!
In a nutshell, Sem 2 was hectic but to think in a positive side, it was fun and blessed semester! I did it!

SEM 3

Ok the last sem!! Masa mula start sem ni, i had mixed feelings. ada suka ada duka. Suka sebab 5 bulan je lagi nak habis and i just can't wait anymore nak keluar dari dunia ni lelws duka pula sebab sayang nak tinggalkan kawan-kawan dan adik-adik yang baru je aku start rapat. but honest speak, lebih banyak suka dari sedih sebab aku dah tak boleh nak hadap some people in that school....
WIN_20160331_085058.JPG
Sempat lagi ambil gambar guna laptop time busy buat kerja kursus. with my gossip gang dalam kelas dan luar kelas - Ulfa & Wafe <3
Sem last masih ada kerja kursus untuk 2 subjek. Alhamdulillah satu assignment tu aku dah prepare awal sebab kena buat video je and yeah aku suka bab editing! but for satu lagi subjek iaitu Perniagaan, aku macam stuck sangat. Even hantar pun last minute dan sangat kelam kabut. Rasa kecewa gilo dengan diri sendiri cuz Mama Ita (Cikgu Perniagaan) expect a lot from me so bila buat cincai macam tu sangat lah sedih... but she still loves me a lot hehehe yelah mak mana benci anak!!
Aku join team bola jaring form six sekolah dalam pertandingan peringkat daerah. Honest speak, aku tak hebat pun, reason masuk sebab tak cukup orang. Aku saje mengisi kekosongan as a reserve player. Mostly aku tukang sorak yang paling annoying dalam team. This team gabungan senior & junior form six so i dapat lah buat beberapa adik angkat ahaks tak terangkat akak. Kami tak menang dapat 3rd place je, alhamdulillah. It was so fun for being a part of this team, seriously. Fun!
Aku juga dilantik jadi mc untuk majlis sukan tu, allahu another challenge. Big thanks to Cikgu Ayu yang banyak sangat mengajar cara penyampaian dan how to be a great mc. As i said cikgu, saya akan simpan ilmu yang cikgu bagi sepanjang hayat saya.Challenge accepted, I did it my best. That day was one of the cutest days sebab I caught my crush looking at me kahkahkah
ok dia dah ada gf 
Bila dah sem last kan makin menjadi-jadi perangai malas bila bab study. Dalam kelas pun asyik kena tegur je selalu berangan dan tidur. Gelak kuat-kuat dalam kelas padahal baru je habis study. Aku dah dapat rasa ilmu tu melayang keluar. Bila dapat tahu ada test mengejut, memang aku tenung je kertas tu. Bila ada idea pun tak tahu lah itu betul ke tak. Teruk dia tahap sampai aku fail 3 subjek untuk trial..... again, aku kecewa dengan diri sendiri. Nak salahkan diri sendiri pun nanti tambah lagi teruk, boleh fikir takde rezeki je lah bahahaha padahal pemalas!
Masing-masing asyik dok sebut-sebut "Nanti mesti rindu nak dengar kau gelak" Rindu nak itu rindu nak ini... well, aku benci nak syahdu, but honestly yes guys, aku tengah rindu gila gila ni pasal tu aku update this post. Ibu pernah cakap, makin kita besar makin kita mula menghargai setiap kenangan yang kita cipta. masa habis sekolah waktu kecil dulu tak ada pulak nak rasa rindu-rindu ni tapi bila masuk sekolah waktu dah besar, mulalah kita beremosi. I created too many memories masa form six like I can't even count, setiap hari disekolah tu rasa sangat berharga now that I throwback.
For those who ask, form six susah sangat ke? Yes, it is. aku tak cakap pasal exam sahaja but the whole in general. Kau kena handle with emotion, stress, focus kau akan cepat lari, most important perasaan kena jaga. I can so sure it's so different from Uni. Form six ni kau tak boleh nak fikir your own perasaan as probably in Uni where you can bawak haluan masing-masing. but in form six since pelajar tak ramai so you'll end up knowing all your bachmates and your circle of friends jadi besar, bila besar makin banyak masalah. right? even kau cuba lari pun orang akan kenal kau, akan cakap pasal kau. Bak kata cikgu, tingkatan enam di sekolah harian biasa akan menjadi icon kepada adik-adik arus perdana dan cikgu-cikgu arus perdana akan sentiasa memerhati, behave yourself. Like even you did so little mistake, kau kena hentap. See? It is that hard but itu lah yang mengajar kau jadi manusia. Kena always positive je lah :-)
Teachers! Ini paling penting. Kau akan kenal semua cikgu form six sebab cikgu-cikgu form six tak ramai. Hubungan pelajar form six dengan cikgu akan automatically rapat, yang ni depends on how peramah you are, as for me aku agak rapat dengan most form six teachers probably cos my easy-going type. Hubungan dengan cikgu ni kena tersangat jaga, if you end up hurt their feelings we don't know lah, tawakal je dengan result kau. Doa cikgu-cikgu tu penting. Jujurnya, cikgu-cikgu form six aku adalah cikgu-cikgu yang terbaik in my entire life, we more like friends most of the times. Terima kasih cikgu! tapi paling favourite still MamaIta & Cikgu Rosadila <33333
Ini MamaIta, comel je kan
Bersama Puan Arba'ayah (Guru Sejarah) & Puan Rosadila (Guru Sastera) cikgu i memang hot semua
Friends! I made a lot of friends in my form six. Rasanya macam semua bachmates tu kengkawan aku. I did talk to all of them honestly.... ada ke yang aku tak pernah cakap? nanti pm ok. Salah satu pengalaman yang aku belajar masa form six adalah friendship. Aku jumpa bermacam macam species kawan. Yang talam dua muka, yang berkawan untuk ambil kesempatan, yang pura-pura kuat, yang sibuk mencari pasangan hidup tapi end up give up sebab asyik disakiti, yang kuat tidur dalam kelas tapi dapat result gempak. ok yang species last tu minta disepak. anyway, i made great friends there! Aku dapat jumpa sorang kawan baik yang faham aku without i express anything. Ulfa subki, you're the one weh!
IMG20151103114440.jpg
Uppa selalu fikir dia hipster
img-20160410-wa0020
My babies <33
IMG-20160405-WA0008.jpg
Tempat wajib lepak lepas habis sekolah pekena cendol
IMG-20160415-WA0035.jpg
Gang bising time perhimpunan!!
Baby Fizah <333
Friends kelas sebelah, suka aku je lepak kelas orang
Team presentation Muet!!
IMG_2592.JPG
IMG-20160117-WA0036.jpg
Gang Myvi Hot~
Paling sayang <3
A lot of things happened, bad and good. both! but ofc lah, i just wanna keep the good ones. Aku tak akan lupa kehidupan form six sebab aku belajar terlalu banyak benda baru. I believe people yang pernah ambil form six will feel the same too. Aku dah dapat rasa tahun terakhir di sekolah and it was a good one. Alhamdulillah, tak pernah menyesal ambil form six......... for now. taktahu lah nanti tetiba rasa pula?
and lastly for juniors form six SMK Bukit Gading 16/17, all the best with your study. Jadikan KakCha sebagai contoh korang ok bahahahaha gurau nanti tak jadi manusia pula
Thank God for everything. always positive.
love, aisyah xo