Assalamualaikum, Hi!
Lepas hampir sebulan juga tak update blog, maklumlah raya sakan hihihi tipu je, senanya malas. Aku excited dengan post kalini nak cerita pengalaman aku pergi temu duga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Result STPM aku tak ada lah tinggi mana, kalau orang tanya tu aku jawab 'biasa-biasa je'. Dari kecil aku memang nak jadi cikgu, minat tu timbul sendiri mungkin faktor Bapak & Ibu aku cikgu. Orang cakap dengan result aku ni susah sikit nak dapat kos pendidikan kat U. Aku pun dah rasa impian nak jadi cikgu tu terkubur.... Masa apply UPU, aku memang tak fikir langsung nak minta pendidikan sebab kecewa gile tapi Bapak suruh aku apply at least satu sebab kita tak tahu mungkin rezeki aku. So aku pilih kos Pendidikan Khas di UPSI. Masa tu tawakal je lah, doa banyak-banyak.
Akhir bulan 5, aku check result Ujian Medsi untuk UPSI dan aku terpilih untuk menduduki ujian tu kat UIA Gombak. Rasa nak menjerit nampak perkataan "berjaya". Tapi takde lah teruja sangat sebab kena lepaskan ujian ni dulu baru boleh pergi interview. Hidup aku ni penuh dengan drama, nak dipendekkan cerita hari kejadian Ujian Medsi tu aku demam teruk. At that time pula tengah bulan puasa. Menggigil juga aku duduk dalam Lab masa jawab tu tapi ku gigihkan jua. Nak je aku bawa selimut dari rumah.
Sebelum ada yang tanya, aku pun senanya tak tahu sangat definisi Ujian Medsi yang sebenar. Apa yang aku boleh cerita berdasarkan pengalaman, ujian ni ujian komputer ada 100+ soalan yang kena jawab dalam masa sejam. tapi kalau dah siap awal boleh keluar. Soalan dia bukan fakta yang kau kena baca, dia tanya soalan yang memerlukan kau untuk berlaku jujur pasal diri sendiri semasa menjawab. keyword penting; BE YOURSELF.
I don't know how that thing works, macam mana dia kira markah tu aku tak tahu k jangan dok tanya lebih. Kalau tanya bab konfiden selepas jawab, honestly aku tak yakin aku pass, rasa macam eh jujur sangat pun bahaya juga kan tapi sis redha.
2 minggu selepas tu, keluar result ujian medsi dan alhamdulillah aku lepas!! Dapat pergi interview kat UPSI di Tanjong Malim, Perak. Masa ni aku nak menangis sebak sangat, lagi-lagi lepas bagitahu Bapak & Ibu... kk takmo emosi. Dah habis rasa sebak tetiba cuak giler fikir temu duga. Mula lah tanya sini sana, mula lah search google pasal interview. Mula lah belajar benda-benda berkenaan Pendidikan Khas. Tapi raya tetap raya!!!! hehehehehehe
Hari kejadian; 4/7/2017 bersamaan hari Selasa.
Interview start pukul 2.30 petang. Bapak & Ibu ambil cuti, kami gerak dari rumah pukul 11 pagi nak singgah kampung dulu jumpa nenek minta restu. Sejam je perjalanan ke Tanjong Malim. Maklumlah, kami tak pernah pergi situ, sesat itu pasti. Aku pun tak tahu UPSI ni banyak kampus dan kampus dia semua jauh-jauh. Lepas dah nak pecah kepala, kami jumpa pakcik guard yang baik hati lagi pemurah yang tunjukkan kami jalan yang benar allahuakhbar!
Pukul 1 lebih nak dekat zuhur, kami jumpa kampus yang betul. Alhamdulillah. tapi jantung ni pulak start berdetak dengan lebih kencang. Kaki ni dah mula terketak-ketak, aku kalau nervous memang banyak mulut tak berhenti cakap. Kalau tak 'neves' pun banyak mulut, kalau 'neves' kau takyah lah bayangkan. Bapak pandang macam nak sepak je anak perempuan dia ni hahahahaha tapi watlek wakchil aku okay je. Itu semua propa. Realitinya, aku tak lah nervous. Rasa nervous tu tak boleh lawan masa ambil lesen kereta beb! Pergh yang itu parah.
Pukul 2 tepat, aku kumpul dekat luar Bilik 1 (dia dah siap bagi nombor bilik dalam surat tawaran) duduk je kat kerusi luar bilik tu, mula sesi suai kenal dengan budak-budak lain. Aku tak tahu lah mungkin faktor aku pandai bercakap so aku senang buat kawan. Dalam group bilik tu ada dalam 16 orang. Lelaki boleh kira dalam 5 orang je, the rest semua perempuan. Aku rapat dengan dua budak kelantan yang duduk kiri kanan aku. Rasa kelakar gile aku try hard nak faham loghat dorang. Nak jugak tunjuk loghat Selangor aku tapi sedar takde loghat.... nak cakap jawa tapi fikir mesti aku hanya memperbodohkan diri sendiri.
Aku punya turn kedua terakhir jadi masa yang terluang tu aku borak-borak je lah dengan budak-budak lain, membantu juga buat hilang segala nervous. Tapi bila tahu lepas ni giliran aku, terus diam seribu kata. Untuk bilik aku 2 orang sekali masuk untuk interview. Bilik lain ada yang 3 orang. Seb baik aku dah kenal budak group aku tu jadi dah selesa sikit. Tiap kali budak-budak lain dah settle, aku terus tanya dorang macam mana. Soalan apa ditanya. Semua jawab benda sama, suruh relax je, soalan casual macam borak-borak. Aik? Senang lah cakap dia dah habis!
Masuk je bilik tu, terus nampak interviewer perempuan 2 orang. Sorang malay, sorang chinese. Jangan tanya lah perasaan waktu ni, aku rasa macam berjalan atas angin je weh. Dah ucap salam, dia suruh duduk. Serious talk, jarak kerusi yang aku duduk dengan meja interviewer tu macam 10 batu (hiperbola) jauh gile dan bilik tu besar. Bagi aku yang species tak reti duduk diam memang agak susah nak kawal duduk sopan santun sintun gitu tapi telinga aku ni dok terngiang-ngiang suara Ibu "duduk elok-elok, badan kena tegak, senyum jangan lupa, jangan nampak sangat tak suka orang" hahahahahahha macam berlakon sinister!
Soalan pertama simple je, the chinese interviewer tanya kami dari mana. Datang situ naik apa, pukul berapa. Soalan warming up lah ni - dengus hati aku. Then they looking at our files & surat tawaran. Pastu dia tanya kenapa pilih Pendidikan khas pada aku and Pendidikan awal kanak-kanak pada partner group aku tu. (fun fact; nama budak tu pun Aisyah juga :D) Aku dah tahu soalan ni mesti akan ditanya so of course lah aku dah prepare and hafal! Now bila aku ingat balik rasa tak natural langsung, sebab bunyi macam baca skrip.....
Next question in english. "What is your favourite book that you've read?"
Masa tu aku macam froze sekejap! Dok fikir banyak sangat buku fav aku!!! Tak tahu nak pilih mana satu. Aku expect partner aku akan jawab dulu sebab 2 questions earlier dia yang jawab dulu but the interviewers were staring at me straight into the eyes. Aku rasa macam nak jerit tapi cool, aku pun pilih je lah buku yang terlintas kat kepala waktu tu "Eleanor & Park" and aku explain sinopsis dia. U know my obsession over books sampai aku nak cerita semua benda but they stopped me halfway sambil gelak. Aku pun cam confuse gile dan sedar aku terlebih over cakap..... aisyah maszarry being aisyah maszarry. tsk tsk!
And the last question. They asked us untuk berbincang (atau kata lain, berborak) tentang cara mengurangkan penderaan kanak-kanak. Macam yang aku nyatakan tadi, aku dah banyak borak dengan partner aku tu kat luar bilik so it was not awkward to discuss sambil pandang each other. Aku tak sure berapa lama kami borak tapi lama lah juga sampai interviewers tu suruh kami berhenti dan cakap "Amboi, bagi peluang borak, borak betul lah u all ni" and we laughed~~~
Bila dah takde apa nak tanya, kami pun keluar. Dengan perasaan lega teramat kami terus peluk lepas buka pintu!! Then we said goodbye to each other. Kesian dia nak terus balik Kelantan malam tu. Harap sangat kami dua pass sebab dah selesa kawan dengan dia. Perjalanan balik rumah tu memang mulut aku tak berhenti cerita dekat Ibu & Bapak. Alhamdulillah, terasa beban yang besar dah lepas.
Now, result UPU kurang dari seminggu. Aku tak berharap dekat mana-mana Uni tertentu, sekadar aku dapat sambung belajar. Itu je cita-cita aku sekarang. Serah pada Allah, I did my best :)