Assalamualaikum, hi!
Aku mungkin dah pernah post kat blog lama pasal ni or maybe not but anyway aku nak cerita kat sini. Kepada yang mungkin baru kenal diri aku, atau mungkin tak kenal tapi macam curious nak baca? Sangat dialu-alukan, welcome. Ok baiklah, aku pernah study korean language or dalam bahasa korea we call "Hangul" dan aku tersangatlah memanggil untuk update about this kerana it was one of the best experiences aku pernah rasa sepanjang hidup.
Aku pernah story sikit pengalaman aku study hangul masa aku masuk Public Speaking Form six last year tapi sebab kome semua tak pernah dengar kan so disinilah peluangnya. Sebelum aku cerita bagaimana dan dimana aku study hangul, aku nak share dulu 'sebab' aku pilih hangul. Ringkas je lah. As what you guess, yup, I'm a korean lover. Like everything about Korea aku suka. From songs, dramas and ofcs culture. Aku first terjebak dalam korea-thing masa aku darjah 6, I still remember ada sorang classmate aku ni memang gila kpop tau dan aku rapat dengan dia. Betul lah orang cakap, pengaruh kawan memainkan peranan besar dan aku pun terpengaruh dengan dia kahkah tak marah pun, suka.
Tapi minat aku tu takde lah sampai aku boleh baca hangul like aku tak make effort pun nak belajar sendiri. Lain daripada peminat korea yang lain, depa semua gigih belajar baca & tulis hangul sendiri. Serious, I salute habis. Lagipun sepanjang daripada darjah 6 sampai lah nak habis sekolah menengah tu aku takde masa nak study bahasa lain sedangkan BM pun kekadang merangkak nak jawab ditambah lagi dengan Sastera.... Then sehinggalah tamatnya SPM bila Ibu tanya nak buat apa sepanjang tunggu result tu? First answer, NAK KERJA. tapi parents larang, then I said "Nak belajar bahasa korea" then parents terdiam. aku pun tergelak, "Takde lah gurau je"
But seriously, aku hanya bergurau. Memang plan dan niat sebenar aku nak kerja habis SPM tu, nak rasa cari duit tapi aku faham parents aku risau. Dalam pada gurau tu, satu hari Bapak cakap "Daripada belajar Korea, baik belajar Mandarin" aku ni seorang yang teguh pendirian tau so aku jawab "Orang nak buat benda yang orang suka, bukan tak nak cuma takut nanti bila kita buat benda yang kita tak suka jadi tak ikhlas dan bila tak ikhlas apa benda pun tak masuk, membazir" Yup i know, I once said on my Tazkirah 'sometimes benda yang kita tak suka tu lah yang membawa kebaikan' but at the moment, aku sangat yakin dengan pilihan aku nak belajar hangul. Jadi, jawab Bapak "Okay" greenlight!
Who knows, daripada gurauan jadi realiti. Aku pergi daftar kat ICLS (Inter-Cultural Language School) di Subang Jaya. Masa tu pergi dengan parents lah ofcs sebab nak survey jalan, parking and everything (cuak nak pergi sorang) For those yang tanya kenapa jauh sangat since aku duduk Sungai Buloh, the answer is aku tak dapat cari yang dekat and ada kawan suggest tempat ni bagus sebab yang ajar native teacher. So aku sangat confident. Plan asal nak ambil Part-time Class (twice a week) tapi alih-alih sampai sana Ibu suruh ambil Intensive Class 5 days a week sebab cepat habis katanya.
Aku dimasukkan dalam Beginner Class since I was clueless about Hangul like aku tak kenal langsung huruf even aku dah minat korea for like 6 years at the moment. First day start tu, sangat cuak. since aku kena drive sorang dari Saujana Utama sampai Subang dan pada masa tu Subang tempat paling jauh aku pernah drive (baru dapat lesen kan) Satu lagi challenge nak cari parking pula. Area tu dekat dengan ktm station which means kereta banyak sangat dan jalan selalu jam. Aku selalu sampai sana time lunch hour and uknow lah kereta semua berduyun-duyun. Tempat study aku tu dekat center tau, memang cabaran beb.
Dah selamat cari parking, masa otw nak masuk kelas terjumpa Miss Lee dekat counter. She was the one yang daftarkan aku. She show me the name list students kelas aku. Total 9 orang dan hanya aku sorang je malay, the rest were Chinese..... ok cool syah relax. Masuk je class nampak lah a few of them dah ada, 10 more mins to start. Aku pilih seat center. Ok tempat duduk dia bentuk U tau, 3 kiri - 3 kanan - 3 belakang. I chose yang 3 belakang tu seat tengah. Aku percaya pilihan tempat duduk memainkan peranan. Aku tak nak duduk kiri dan kanan sengetkan kepala sebab nanti takut teleng pula.
Firstly, nak share sikit apa yang aku belajar dalam class beginner. ICLS provide 2 books, Workbook & Studentbook. Both books tu selalu buat dalam kelas sebab teacher akan pasang CD (alah macam Listening Muet tu) then jawab soalan kat buku. Other than that, Teacher Park (my korean teacher) bagi banyak hand out juga tapi tu selalunya homework kat rumah. Benda best homework kat sini teacher tak check pun macam kat sekolah yang harini bagi esok kena hantar, takde takde. Teacher Park tak kisah pun kau buat ke tak tapi kalau tak buat melopong lah dalam exam.
Beginner ada 2 stages, 1 & 2. Sebulan setengah belajar Beginner 1, selebihnya belajar Beginner 2. Sebelum masuk beginner 2, kena jawab exam nak bagi lulus stage 1 kalau tak kena repeat. Then stage 2 pu ada exam juga before naik level Elementary. Alhamdulillah, berkat aku belajar gigih gila kot sampai stay malam pukul 2 pagi. Aku lulus both stages dengan jayanya! Dapat no 2 dalam kelas for both stages, yeayyy!! Kalaulah aku belajar gigih macam ni time SPM........ hrm betul lah, bila kita buat benda yang kita suka dan ikhlas, inshaAllah dipermudahkan.
Honest speak, minggu pertama mula tu aku lebih kepada nervous than awkward sebenarnya, I was not used with the enviroment yet. But alhamdulillah, classmates were all friendly and nice.I was the youngest one in the class, paling tua 45 tahun. Aunty tu belajar hangul sebab bulan 12 dia nak bercuti kat Korea. cool kan aunty tu!! I love the fact that they respect me as a muslim. Like whenever they brought food, they said "It's okay aisyah, you can eat this halal don't worry" or bila diorang borak dalam bahasa cina dan as expected lah kan aku melopong je but they translate balik in English ok baru lah boleh gelak sesama. Most important, aku tak rasa diabaikan langsung, tak rasa aku je yang lain dalam kelas tu. Tak kena pulau lah senang citer. Maybe sebab we have the same interest 'Korea' so that makes us closer. Mostly kitorang akan cakap pasal new korean dramas, new kpop songs. coz it always good to have people who share the same interest with you, make it way easier. Aku paling rapat dengan seatmates, Khoo & Summer. they both are a year older than me. Diorang lah yang selalu jaga aku, yang paling care pasal aku,yang selalu cuba buat aku gelak.
Ada sorang classmate tak datang jawab exam masa ni, nama dia Ren. Malangnya takde gambar dengan dia sebab he always skipped classes, susah juga nak nampak dia kalau datang pun aku segan kahkah Dia sangat comel dan kacak. Dia sorang je lelaki dalam kelas. Yep, dia lah pujaan hati kami gurls dalam keals termasuk teacher. Kami selalu kacau/gurau dengan dia and dia hanya senyum je, lagi lah kami suka kacau!! Comel ok senyum dia, serious. Tak jumpa oppa korea, jumpa oppa cina malaysia pun dah excited. Eh tak relax tau! Aku ingat lagi time tu hari ambil result spm dan aku menjerit dapat ws dari dia!!!!!!!!!!!! HAHAHAHAHAHAH
Paling bersyukur dapat Teacher yang sangat-sangat soft spoken, lovely, friendly. Her full name is Park Kyung Ran but we call "Seonsaengnim" or in english 'Teacher'. Dia selalu puji my tudung "I love your hijab, it's pretty" I swear she's so cute, you can't hate her just cannot! Tak pernah sekali pun marah or maybe sebab she got behave students like us. Dia tinggal kat Malaysia dah hampir 4 tahun at the moment, she said she loves everything here except the weather! Selalu kalau pergi kelas kan, aku akan nampak dia jalan pakai payung sambil kipas herself with her very cute pororo hand-fan. Pastu tiap kali masuk kelas dia akan cakap "Nomu doewo" (It's very hot) oh bytheway, teacher jarang speak english dengan students, dia borak pun guna bahasa korea je sebab nak biasakan lidah students katanya. it works! 감사합니다 선생님, 사랑해요 <3
![]() |
From left: Kelly - Teacher<3 - Wennie - Khoo - Me - Summer |
As you guys can see, Beginner 2 dah tinggal 5 students je, ni yang paling cekal aku rasa hahaha. Sebab stage 2 memang agak susah berbanding stage 1. Aku start akhir bulan 1 2015 dan habis pertengahan bulan 3 2015. Sepanjang tu, terlalu banyak kenangan dan pengajaran yang aku belajar. To be brave, to be confident, to be yourself! Learn to see things from different perspective like aku dapat berkawan dengan people from other races. It was good!
![]() |
Muka-muka awal masuk kelas! From left Summer & Khoo |
-They're my close classmates!-
Now alhamdulillah, aku dah boleh baca hangul but belum sepenuhnya memahami maksud sebab baru belajar beberapa vocab. Ada yang tanya susah tak hangul? Yup, sangat. Berbelit lah lidah nak cakap korea, maklumlah orang jawa. Tapi belajar apa yang senang dalam dunia ni? Kalau rasa grammar English tu susah, korea punya grammar lagi merana nak belajar. Aku rasa part nak susun ayat tu yang susah sebab bahasa korea ni dia terbalik daripada bahasa melayu. Sebagai contoh satu ayat dalam bahasa melayu "Saya tidur di rumah" tapi dalam bahasa korea "Di rumah saya tidur" yes, it's that complicated. and even sampai sekarang i find it hard to make a sentence in hangul........... ilmu itu takkan pernah habis. I still need to learn, more!
![]() |
Ok so behind the scene of this picture was Summer suddenly tickled me and snapped this one. I look extra happy here, it felt really good. |
Habis je Beginner class, aku stop sebab nak masuk Form six dan till now takde peluang lagi nak ambil Elementary level. Ye betul aku dah habis stpm but sekarang aku decide nak kerja since parents pun dah bagi aku kerja. Memang kalau ada rezeki, aku nak habiskan semua level! inshaAllah. Aku bersyukur diberi peluang belajar benda yang aku minat, met great people and got to learn some life-lessons. Alhamdulillah, aku tak akan lupa benda ni. Gambar banyak sebenarnya tapi phone lama rosak tak boleh on so dapat upload yang save kat laptop je, sorry :((
That's it for today's post. any questions, pm :)
love; aisyah xo