Assalamualaikum, Hi!
Untuk post kali ni, disebabkan ramai yang berminat nak baca tentang cinta & friendship. yup this is the one! Aku tahu korang suka benda-benda camni, eleh semua busy-body! For those yang baru berjinak baca blog ni, aku hanya menulis cerita benar semata berdasarkan pengalaman aku sendiri dan orang-orang terdekat aku. Ni bukan blog untuk tulis novel, yang tu aku private kan hehe rasa macam burok betul penulisan aku, boleh buat malu sampai mati.
Lately kan, ramai member yang sibuk duk cakap pasal kahwin, pasal boyfriend/girlfriend, pasal anak, pasal masa depan bahagia bersama keluarga. Kekadang rasa macam nak menyorok bawah katil sampai bebila tak nak keluar dah. Lagi-lagi bila jumpa makcik-makcik pastu depa duk tanya "Takde boypren ke" "Muka sedih tu boypren lari ke" Dia tak tahu masa tu muka aku sedih sebab tahan pedih lepas potong cili tak basuh tangan guna sabun.
Dulu takde pun hal macam ni dibangkitkan, cuma sekarang dah 20 tahun depa tertanya lah kot sebab zaman dulu umur 20 tahun dah ada anak sorang huhu tapi cik zaman tu hidup tak susah sangat, lelaki pun tak pelik-pelik macam zaman sekarang pasai tu senang dijodohkan. Zaman ni nak cari lelaki yang betul-betul lelaki susah cik oi... Ok jangan marah lelaki-lelaki yang baca ni, aku tak cakap semua lelaki pelik cuma zaman sekarang ambil masa nak percaya orang even kawan sendiri pun kekadang orang paling bahaya.
Bukan aku tak nak rasa dicintai atau mencintai. Tipulah kalau tak terasa bila nampak member bahagia dengan pakwe makwe dorang, ada juga terdetik hati tu. Dan bukan juga sebab tak ada orang nak kat aku, ada je a few /cewah/ Baru-baru ni honestly ada 2 orang lelaki yang cuba rapat dengan aku (ni serious tau, korang jangan gelak pulak walaupun aku sendiri rasa benda ni lawak) Aku masih perempuan ok uols! At first tu, aku layan macam biasa sebab both of them kawan aku dekat sekolah menengah so tak kan terus nak sombong jual mahal kan, nanti orang kata perasan pulak, dah lah tak seberapa lol
Aku dah rasa tak sedap hati bila dua-dua ajak keluar, bila dorang text everyday, bila cara dorang tu macam nak kenal aku lebih lagi. Sebenarnya aku tak ready nak dicintai & mencintai macam yang aku cakap tadi even terdetik hati. Entah, tak rasa sekarang masa yang sesuai. Tak rasa desperate nak ada pakwe pun. Hati aku tak terbuka untuk mana-mana lelaki waktu 'sekarang'. Aku ni jenis tak suka main perasaan orang, i know people's hearts are not things you can play with, DON'T EVER DO! Jadi apa aku buat? Aku bagitahu dorang straightforward. and I'm so glad dorang boleh terima tanpa apa-apa paksaan. Aku benci lelaki memaksa & desperate, please..
Aku ada cerita benda ni kat kengkawan, ada yang cakap bagus, ada yang marah "Kau kenal lah dia dulu, layan je. mana tahu perasaan tu wujud" aku hanya mampu gelak. Cuba katalah aku layan dia, aku kenal dia lebih lagi tapi perasaan tu tak wujud even dah lama kenal. Macam mana? Aku hanya menipu dia dan menipu diri sendiri. Aku akan sakiti hati dia dan itu benda paling terakhir aku nak buat dan paling aku nak elak. Aku benci bagi fake hope kat orang sebab i know how it feels... aku tahu macam mana sakitnya sebab orang pernah buat kat aku dan sampai sekarang masih susah nak terima dia sebagai seorang manusia apatah lagi sebagai seorang kawan :)
I can see how sincere they were but wrong timing. If betul jodoh, akan datang balik. If not then thanks for the lovely words /eceh muntah pelangi/ Blah blah blah~
Kenapa aku suka life aku sekarang? Sebab aku ada kawan-kawan yang oHSEM! Member aku ramai je yang single mingle yang tak fikir pakwe apatah lagi kawen kahkahkah Tak rasa sunyi selagi ada kengkawan macam depa ni. Apa ada hal date dengan member, lagi fun!Boleh gossip pasal orang meja sebelah dalam restoran lagi! astaghfirallah bawa lah mengucap aisyah oi. Pastu yang part deep sikit bila kawan aku tanya kenapa kita kuat gossip sibuk hal orang aku pun jawab "sebab kita takde boyfriend" pastu semua setuju hahahahah babun
Kenapa aku suka life aku sekarang? Sebab aku ada kawan-kawan yang oHSEM! Member aku ramai je yang single mingle yang tak fikir pakwe apatah lagi kawen kahkahkah Tak rasa sunyi selagi ada kengkawan macam depa ni. Apa ada hal date dengan member, lagi fun!
Sekarang bila keluar dengan kawan-kawan especially yang ada boyfriend ni depa akan citer pasal love-life dorang je lah, yang takde boyfriend macam aku ni tukang dengar dan tukang bagi nasihat cinta. Dorang suka dengar nasihat dari aku, kononnya doctor love. Eh betul lah aku pakar cinta ok.
In a nutshell, aku bukan anti-cinta, bukan anti-lelaki, bukan feminist tahap nak cantas takhta lelaki sebagai seorang pemimpin. Aku cuma seorang perempuan yang hanya mahu mengenali dan mencintai diri sendiri sebelum mengenali dan mencintai orang lain. Aku support orang yang tengah bercinta, aku suka tengok orang bahagia I can feel it too and it makes me happy. So teruskan dengan cinta korang, aku hanya berkongsi cerita aku.
Ada masalah cinta? pm me, serious!
Stay positive xo - aisyah maszarry