Hi! Salam Aidiilfitri semua.
Since it's been awhile, i just nak update what has been going in my life.
Sekarang aku tengah cuti semester. Alhamdulillah exam habis sebelum raya!! 2 hari sebelum raya baru habis paper. The struggle was real. Mental breakdown bila nak hadap last paper tu sebab jasad di upsi tapi roh dah kat rumah. Bayang sendiri lah macam mana perasaan aku time tu. Fikir nak balik raya je. Aku baru habis Sem 2 dan rasa dia memang lain sangat. Lain macam mana? Bercampur baur. Pertama, last paper aku dua hari sebelum raya, membawa maksud aku takde lah feeling raya sangat sebab stress. Kedua, subjets sem ni semua susah. daripada assignments sampailah kepada exam. Aku banyak fikir kot.. semua macam kelam kabut sangat.
Semester 1 was great. Aku rindu semua kenangan waktu sem 1. Rasanya indah sangat, kalau boleh diminum rasanya cukup manis cukup segalanya. Housemates, classmates, even buat assignments sampai tak tidur pun rasa cam happy hahaha. A lot lot lot lot of things happend sem 2... macam terlalu banyak sangat tak best sampai aku dah tak ingat benda seronok aku buat sem ni (selain daripada crush) Yang aku ingat aku stress je memanjang tapi aku survived lah jugak sampai final week kira hebat lah tu. Alhamdulillah i'm proud of myself i've coming this far and ofcs many more to come. Fighting!
Okaylah malas nak sedih-sedih. Actually, ada je benda best seperti aku rapat dengan member-member Gang Membawang yang setia (korang tahu lah siapa korang kan, malas nak puji lebih kang perasan) Thank you stay sebelah aku sem ini, buat aku ketawa, selalu layan gila aku. Korang memang gila! CacaRoy!!
Other than that, ofcs lah crush aku :') nak dengar citer tak pasal dia? Kalau tak nak boleh skip!
Aku perasan mamat ni waktu sem 1, dia sama kelas dengan aku subjek universiti. Dia budak course lain so memang susah lah nak jumpa kecuali hari yang kitorang sama kelas. Memula aku tak perasan pun dia sebab kelas tu ada 100 orang kot. Aku perasan dia waktu presentation. Jeng jeng jeng! Time tu barulah perasan kewujudan dia. Nak jadikan drama lagi hari dia present tu last day kelas. So aku pun alah lepas ni tak jumpa dah lah.
Masuk sem 2, aku terjumpa instagram mamat tu. Aku terus follow dan dia pun request follow aku :') Rasanya dia tak kenal aku, mungkin dia follow sebab aku student upsi. Yelah, siapa lah aku ni dia nak ingat even pernah satu kelas yang seramai 100 orang tu. Aku hanyalah gula di dalam tepung. takpe at least aku manis. Dapat tahu pulak dia satu kolej dengan aku, banyak kali jugak terserempak kat cafe. Tapi aku ni species pemalu depan orang yang aku suka. walaupun dia tak kenal aku, tapi aku macam acah perasan je lah. Tak menahan tau tiap kali terjumpa mesti tutup muka. Gedik kan aku hrm tolonglah jangan gelak ni benda serious tau.
Tipu kalau aku tak 'try', aku memang jenis yang kalau suka seseorang tu akan tunjuk selagi boleh. I did few moves tapi respond crush hambar, So yeah, aku pun stop. sebab kalau orang dah tak nak kan.. buat apa nak terhegeh-hegeh. I ada maruah okay uols. Kecewa tu mestilah kecewa but i think he's not cancelled yet... sebab dia tahu aku suka dia tapi dia tak block aku pun. means ada lah harapan? hahahahaha kbye
saya masih setia ni tau walau awak tak reply dm saya yang tergantung tu!
Next topic! RAYA AIDIIL-FITRI 2018!
Raya tahun ni semestinya terasa begitu lain sekali. Atok & Nenek belah Ibu dah tak ada. Ini tahun kedua Atok takde dan tahun pertama Nenek takde. Atok meninggal bulan Jan 2017 secara tiba-tiba. Nenek baru meninggal bulan Feb 2018 sebab cancer tyroid. 2 hari selepas harijadi aku :') Tahun ni pertama kali kami beraya tanpa mereka. Betul beri kesan dekat aku, personally since aku rapat dengan kedua-duanya.
Raya tahun lepas aku yang teman nenek kat kampung dan teman beraya rumah jiran-jiran. Ada satu hari tu, aku bangun lewat pastu nampak nenek dah siap-siap lawa. Nenek kata nak pergi beraya rumah jiran, bila aku tanya dengan siapa, dia kata
"sorang je. laki pun dah tak ada" :'((( pastu nenek gelak. ya allah waktu tu hati aku terus luluh pastu aku cakap
"eh nek, mana boleh sorang. kejap tunggu caca bersiap kejap" walaupun nenek taknak aku teman sebab takut aku bersiap lambat sedangkan aku ni bersiap sama je macam lelaki cepatnya lol.
Masa nenek sakit pun, aku banyak kali jaga arwah sebab waktu tu aku tengah cuti tunggu result stpm. Teman nenek pergi hospital. Nenek rajin sangat pergi hospital buat check up, even demam sikit pun suka nak pergi klinik :') biasanya orang tua-tua tak suka jumpa doktor kan, but she was another case. I seriously tak nak cerita apa yang jadi hari dia meninggal tu sebab sakit sangat nak dicerita. So i'll keep it. Just so you know, she was real amazing woman. Nenek i miss you nek!!!
❤
Atok pun :') rindunya nak dengar orang bergurau pasal bantal busuk caca. Atok selalu cakap nak bakar bantal busuk kite hahahahahaha
Ok some photos nak share, Eid 2018 :
 |
Maszarry's |
 |
Bapak's side, Family Tok Ron (ada lagi ni tak cukup) |
 |
Adik & Ibuuuuu |
 |
Anak Bapak! |
 |
Gang sepupu acah! Dari kecik sampai kebesar tak senonoh |
 |
Ok iklan break. Model jap |
 |
Kemain susah nak suruh Bapak aku pose |
 |
Dengan Abang pertama! |
 |
Ni boyfriend kite, dia takde mood raya sebab tak sedondon |
DAY 2
 |
Beraya rumah YB (siapa kenal dia power) |
 |
Again with these girls |
 |
Cousins perempuan belah Bapak pulak |
 |
Dengan abang yang paling annoying! |
So far, itu je lah gambar yang dapat di ambil raya ni. Raya ketiga aku dah balik rumah wkakaka. Told you, this year raya tak meriah sangat. Tapi satu je meriah. Makan-makan-makan. Perut aku meriah sangat. Puasa turun 2kg, raya pertama & kedua dah naik 1kg. Memang takleh harap betul. Raya sebulan guys. Ni baru minggu ke-2. Nak serang rumah orang lagi ni. Kalau buat open house, jangan lupa ajak k.
Pada yang tanya, iye. Aku raya dua-dua belah bapak & ibu raya pertama tu sebab kampung masing-masing dekat. Rutin pagi raya lepas solat raya, kami akan bergerak dari kampung belah bapak ke kampung belah ibu. 15min naik kereta. Tu ibu dok sibuk suruh cari orang dekat. Tunggulah jodoh macam mana. Tak berani nak cakap en.
Lastly,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITIRI SEMUA PEMBACA.
Maaf salah silap, terasa atau terluka hati korang sama ada waktu baca blog ni atau depan-depan. Maklumlah mulut kite ni jahat sikit. Nak babap je rasa.
Member-member yang tengah struggle exam tu, All the best tau!! Takmo sedih-sedih. Aku pun tak beraya sangat.
Salam :)