Saturday, August 11

Kenangan Terindah

Assalamualaikum, hi!!

So aku baru sahaja melalui 2 minggu yang manis menjadi 'Guru Pelatih' di SMK Bukit Gading tempat aku belajar Form Six dulu. Aku diberi tugasan untuk membuat laporan di bawah Program Perantis Guru (PPG). Aku taktahu lah sama ada UPSI sahaja atau Uni lain pun ada buat sama tapi yang sure program ni untuk semua siswazah jurusan Pendidikan di UPSI. Basically, kami tak diarahkan untuk mengajar di sekolah hanya perlu membuat pemerhatian bagaimana keadaan dan persekitaran sekolah yang dipilih. 

Pada yang mungkin tak tahu, di UPSI aku ambil jurusan Pendidikan (Pendidikan Khas). Bila aku sebut course aku mesti semua macam "Pendidikan Khas tu apa?" Oh ye, Pendidikan Khas tu pendidikan untuk kanak-kanak special atau aku lebih suka panggil anak-anak syurga dimana mereka dalam golongan autisme, sindrom down, lembam, hyper active, celebral pulsy and banyak lagi. Kalau korang perasan kat sekolah harian biasa selalunya ada kelas khas untuk kanak-kanak macam ni kan. Jadi, itulah benda yang aku belajar. InsyaAllah (pray the best 4 me) aku bakal mendidik mereka.


Jujurnya hari pertama aku masuk kelas PPKI (Program Pendidikan Khas Intergrasi) kat sekolah tu agak kekok sebab dorang macam teruja sangat nampak aku... terasa macam artis kejap. Total pelajar 24 orang daripada pelbagai jenis kategori khas tapi yang paling ramai lembam, bermaksud kanak-kanak yang fizikalnya normal tetapi mempunyai masalah dari segi kognitif atau erti kata lain dorang ni ada masalah pembelajaran. 24 students tu dibahagikan kepada 4 kelas. PK1-PK4 (PK=Permata Kristal)

Favourite kelas aku adalah PK2 yang terdiri daripada 6 pelajar- 3 Sindrom Down, 1 Celebral Pulsy & 2 Autisme. Mereka semua lelaki diantara 15-18 tahun. Aku pun tak tahu kenapa aku suka sangat kelas ni... mungkin sebab bila aku first kenalkan diri, dorang terus nyanyi lagu "Aisyah" kot hahahahaha. Honestly i fond to them sebab dorang terlalu istimewa dan rasa terlalu dekat dengan hati aku even masa tu baru kenal. Setiap hari aku masuk kelas dorang mesti dorang buat aku senyum even ada yang bercakap tak berapa jelas sebutannya, ada yang just pandang je sebab tak tahu nak luah macam mana but somehow i just got it you know :')

Students PK 2 :')

Especially, student aku sorang ni nama dia Adib (sindrom down) He's the most cheeky among others! Geram tau kalau teringat budak ni, paling manja. Kalau waktu rehat tu mesti tak kasi aku duduk dengan budak lain, mesti kena duduk depan dia and teman sampai habis makan. Pastu tiap pagi nampak aku berjalan nak masuk kelas, dia ambil bag aku bawak pergi masuk kelas dia padahal waktu tu aku nak masuk kelas lain tau. Amboi suka dia je hahahahaha. Paling petah bercakap walaupun sebutan dia tak jelas dan aku kena minta dia ulang banyak kali. Alahai maafkan cikgu ye Adib... cikgu masih belajar.

Inilah Adib, tengok tu gedik

Lepastu ada sorang ni nama dia Alif (autisme) yang pada hari pertama aku kenal dia cikgu lain cakap yang dia suka sendiri, suka mengamuk tetiba ikut mood. Aku macam takut jugak nak approach dia memula tapi aku cuba jugak tegur dia hari-hari, duduk dengan dia borak-borak dan dia memang takkan pandang mata aku bila bercakap tapi alhamdulillah dia tak lari hahahaha. Tiap kali aku ajak dia bergambar mesti dia tolak sambil gelak-gelak. Ada sekali tu waktu mewarna lukisan, dia panggil aku sebab nak tengok aku pakai baju warna apa sebab nak sama dengan lukisan dia... waktu tu aku nak nangis terharu sebenarnya tapi aku tahan. Pernah sekali waktu pagi aku ada relief kelas arus perdana so aku tak dapat jumpa dorang pagi tu pastu cikgu lain cerita yang Alif cari aku sebab takut aku dah tak datang. Again Alif, you broke my heart... Kisah family si Alif ni pun patahkan hati aku jugak, bila cikgu dia cerita macam mana dia dibesarkan buatkan aku lagi nak rapat dengan si Alif ni.

Selain mereka dua, murid-murid lain pun sama special juga. Makin hari makin aku kenal perangai masing-masing. Fav moment bila dorang bercerita kat aku, ada yang cerita besar nanti nak jadi athlete, ada yang cerita nanti nak kerja kumpul duit bagi kat aku (tetiba en nak bagi aku hahahaha) pastu aku suruh dia bagi kat mak ayah dia buat apa nak bagi kat aku tapi tak salah pun hrm hahahahaha nyempat. ada jugak yang cerita masalah percintaan yang tidak kesampaian alahai oi baru 14 tahun kot hrm aku layankan je lah siap kasi tips move on! Tapi kebanyakkan mereka from broken families.. itu yang buat hati aku luluh sangat. Ada yang parents dia hantar rumah harmoni (rumah anak yatim), ada yang duduk dengan atok nenek yang bukan darah daging padahal mak ayah still ada, ada yang tinggal dengan mak tapi bapak tiri jahat dan macam-macam lagi..

Hari terakhir aku kat sekolah tu we had small farawell party for me cewahhh. Dorang semua nyanyi lagu "Aisyah" untuk aku (hari-hari kot dorang nyanyi hahahaha) oklah jujur sebelum ni aku memang benci lagu tu tapi lepas dorang nyanyi buat aku tersuka pulak. Sad thing, Adib tak datang last day tu hrm. Aku say bye dekat sorang-sorang before balik and cakap "Cikgu takde dah minggu depan. Jangan cari-cari pulak" sambil dok tahan air mata betina hahahaha. Tapi paling touched sekali bila Alif nak balik, dia datang tenung nametag aku sambil mengeja "Ok saya akan ingat nama cikgu. bye cikgu aisyah" with the widest smile he ever gave to me. Aku macam tak percaya, budak yang paling susah aku nak dekat boleh buka hati dia untuk aku, dah mula pandai borak tanpa aku mulakan dulu. Oh ye sampai ke hari terakhir dia still taknak ambil gambar dengan aku. Bila aku ajak muka dia merah pastu menyorok hahahaha alahai Alif...

Ini pula Yasmin yang sangat special, kanak-kanak Autisme

Thanks for the memories :')
Guru-guru yang beri tunjuk ajar dan dorongan. You all the best! Semoga dirahmati

Walaupun aku ada 2 minggu je kat sekolah tu, aku rasa macam banyak sangat benda aku belajar. Banyak benda yang buat mata hati aku terbuka. Aku mula nampak sikit benda apa aku akan hadap masa akan datang. Aku percaya akan lebih mencabar bila aku jadi guru yang sebenar. It was such a good experience. I love it. Jadi cikgu Pendidikan Khas bukan sekadar belajar macam mana jadi cikgu but also jadi manusia yang ada perasaan bukanlah nak cakap sebelum ni takde perasaan cuma buat diri bersyukur dengan apa yang aku ada dalam hidup.

Ya Allah lindungilah anak-anak itu, semoga mereka terus menjadi anak-anak yang patuh dan mendengar kata. Berilah mereka kebahagiaan.

Baru 2 minggu tinggalkan sekolah dah terasa sangat kehilangan...
Oklah report masih tak siap!!!!

bye Ciao!